Wednesday, February 11, 2009

Kaedah memasukkan artikel dan gambar kedalam blog SMK Pulau Carey

0 comments

Kepada semua guru-guru dan staf sokongan SMK Pulau Carey. Jika anda ingin memasukkan artikel, gambar, hasil nukilan pelajar, promosi program, atau apa sahaja yang berkaitan dengan sekolah. Sila berikan gambar dan butiran/artikel yang hendak dimasukkan kedalam blog kepada Cikgu Abd Rahman. Pastikan bahawa artikel anda dalam berbentuk 'soft copy'. Jika ingin 'scan' gambar atau artikel boleh mendapat khidmat ICT di perpustakaan SMK Pulau Carey. Segala kesulitan adalah amat dikesali, dan kerjasama daripada semua guru-guru adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Latihan Sukan dan Permainan

1 comments
Hari ini latihan sukan dan permainan telah dijalankan di SMK Pulau Carey. Beberapa foto pelajar dan guru telah ditangkap dan dimuatkan kedalam artikel ini. Disebabkan kekangan masa hanya gambar bagi Kelab Ping Pong sahaja yang berjaya di abdikan dalam blog SMK Pulau Carey. Kepada guru-guru lain jangan berkecil hati kerana blog ini adalah untuk semua warga SMK Pulau Carey. Jika guru-guru ingin mendapatkan khidmat foto bagi memasukkan gambar aktiviti kelab, cikgu-cikgu boleh berjumpa dengan Cikgu Abd Rahman Ali Bashah.


En. Rahman dan En.Saiful memulakan sesi perasmian Kelab Ping Pong

Teringat zaman dahulu menjadi jaguh sekolah di Kampung Pinang Sebatang

Gelagat ahli Kelab (pertama kali bergambar...kesian)


" ..Gadis ayu...lesung pipit di pipi.." (lagu gadis ayu)

Walaupun penat, tapi hati kena gembira (Senyum sokmo)


Aktiviti yang telah dijalankan oleh kelab ping pong:

1. 'Poyo' Race (Explore Race).
2. Latihan Ping Pong.
3. Suai Kenal Bersama Ahli Baru. 
4. Teknik Bermain Ping Pong.


Tuesday, February 10, 2009

Followers

0 comments
Pihak kami amat menggalakkan semua pengunjung untuk menjadi 'followers' bagi blog ini. Sila tekan bahagian [follow this blog] untuk mengikuti segala perkembangan blog SMK Pulau Carey. Segala kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Latihan Sukan dan Permainan

0 comments
Pengumuman kepada semua pelajar dan guru SMK Pulau carey, latihan bagi sukan dan permainan akan dijalankan seperti berikut:


Tarikh:  11 Feb 2009 
Masa : 2.00 - 4.00 petang
Tempat: Mengikut kelab masing-masing (Sila rujuk papan kenyataan kokurikulum)


Kehadiran pelajar adalah WAJIB, sila berikan surat kepada guru penasihat kelab masing-masing jika tidak dapat hadir semasa aktiviti dijalankan.

Program Bumi Hijau SMK Pulau Carey

1 comments
 Feb 2009, Pulau Carey - Panitia Kemahiran Hidup SMK Pulau Carey telah bergotong-royong bersama-sama guru-guru SMK Pulau Carey untuk membina landskap sekolah bertemakan Bumi Hijau. Matlamat program ini supaya landskap sekolah sentiasa indah dan berseri-seri dengan adanya bunga dan pokok-pokok yang ditanam di kawasan sekolah. Ketua bagi Program Bumi Hijau En.Abd Rahman menyifatkan bahawa "program seperti ini wajar diteruskan dimasa hadapan supaya alam sekitar sentiasa terpelihara. Dengan kerjasama daripada En. Salam, En.Saiful, En.Azlan,Pn.Gauri dan En.Nik maka program ini dapat dijalankan dengan lebih cepat, sistematik dan sempurna". 





Merentas Desa Peringkat Daerah Kuala Langat

2 comments
5 Feb 2009, Kuala Langat - SMK Pulau Carey telah menghantar wakil sekolah ke pertandingan merentas desa peringkat daerah kuala langat di SK Bandar, Banting. Dalam pertandingan tersebut SMK Pulau Carey telah meraih Juara bagi kategori berkumpulan Lelaki 15 tahun kebawah dan Juara bagi Perempuan 15 tahun kebawah. Ketua pasukan En.Mohd Azlan berkata beliau begitu terharu dengan semangat kesukanan yang telah ditunjukkan oleh wakil sekolah kerana mereka begitu gigih berlatih selama 2 minggu dengan berjalan diatas jalan tanah merah di Ladang Barat, Sime Darby Plantation, Pulau Carey. Dibawah adalah memori bagi pelajar yang terlibat dalam pertandingan tersebut.














Adakah anda suka dengan blog ini?

Followers

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey. [last update: 11 Feb 2009]Copyright 2009 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com