Wednesday, March 4, 2009

Latihan Unit Beruniform Sekolah

0 comments
Pulau Carey - Untuk membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani emosi, rohani dan intelek pelajar tidak hanya didedahkan dengan pelajaran sahaja. Aktiviti kokurikulum juga amat penting dalam membentuk sahsiah diri pelajar. Didalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan tiga teras utama iaitu membina negara bangsa, membentuk modal insan dan memperkasakan sekolah kebangsaan adalah teras yang amat penting dalam membentuk pemimpin masa depan negara. Melalui tiga teras ini, pelajar akan belajar berdisiplin, bekerjasama, hormat-menghormati, berkasih sayang antara satu sama lain dan juga dapat melatih fizikal dan mental pelajar. Justeru itu, guru penasihat unit beruniform SMK Pulau Carey begitu berkomited untuk membentuk pelajar yang mahir dalam semua bidang. Penolong Kanan Kokurikulum Cik Thiruchelvi berkata "Walaupun SMK Pulau Carey ketinggalan dari segi frasarana sekolah berbanding sekolah lain, namun guru-guru di SMK Pulau Carey bertungkus-lumus untuk menaikkan imej sekolah. Ini dapat dilihat melalui prestasi kokurikulum sekolah. Pelbagai anugerah telah berjaya diraih dan pretasi ini amat membanggakan pihak sekolah. Apabila pelajar terlibat dengan persatuan mereka dapat menerapkan nilai-nilai murni semasa aktiviti tersebut berlangsung". Terdapat empat unit beruniform di SMK Pulau Carey iaitu Kadet Polis, Pengakap, KRS, dan PBSM.  










Tuesday, March 3, 2009

Karnival Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah

0 comments
Pulau Carey - Buat julung-julung kalinya SMK Pulau Carey telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Kaunseling Kerjaya (Sekolah Menengah) Peringkat Daerah Kuala Langat. Dengan bertemakan Sains dan Teknologi program ini telah menarik minat sebanyak 9 buah sekolah sekitar daerah kuala langat untuk menyertai program tersebut. Berkat kecekalan dan khidmat nasihat daripada guru penasihat sekolah masing-masing program ini menampakkan hasil apabila ramai pelajar dapat membuatkan persembahan yang terbaik dihadapan juri. Terdapat dua kaedah penilaian iaitu melalui buku skrap dan juga pembentangan dihadapan juri. Juara bagi Karnival Kerjaya ini dimenangi oleh SMK  Batu Laut, tempat kedua SMK Jugra dan tempat ketiga SMK Sungai Manggis. 






















Terima kasih diucapkan kepada semua sekolah, AJK pelaksana dan juga pelajar yang terlibat secara langsung ataupun tidak didalam program ini. Diharap program seperti ini dapat diteruskan lagi. Pihak tuan rumah memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap semasa program berlangsung. Jika anda hendak download gambar sila klik pada gambar yang ada berminat, klik kanan pada gambar dan tekan save image as. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya melalui e-mail. ( cikgu_aman@yahoo.com )

Latihan Kebakaran Sekolah

0 comments
ulau Carey - Program latihan kebakaran sekolah adalah satu program wajib bagi setiap sekolah. Melalui program sebegini, pelajar dan kakitangan sekolah akan lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kebakaran kecil mahupun besar. Menurut pengarah program En. Mohd Saiful Romansor "Bencana tidak mengenal masa, usia, tempat dan sebagainya. Justeru itu, pelajar dan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey perlu lebih bersedia dan berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang musibah yang bakal berlaku. Walau apa pun bencana yang menimpa kita tidak perlu gelisah tetapi mesti bertindak dengan bijak dan berhati-hati supaya dapat menyelamatkan diri dan orang lain". Terima kasih diucapkan kepada Bomba daerah kuala langat kerana sudi membantu warga SMKPC untuk memberi taklimat ringkas mengenai latihan kebakaran di sekolah.
















Adakah anda suka dengan blog ini?

Followers

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey. [last update: 11 Feb 2009]Copyright 2009 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com